Repost disebabkan perubahan dan pembetulan gambar.
Terima kasih.
Musimnya datang kembali setiap tahun. Tahun ini dia datang lebih awal dari biasa. Musim “HUJAN”. Kalau tahun-tahun yang sudah biasanya musim tengkujuh datang selepas bulan Oktober tapi tahun ni lebih awal seawall bulan Ogos. Agaknya musm hujan ni memang seiring dengan musim pasangan-pasangan mengikat pertalian seumur hidup.
“Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari” tapi kali ini tengah hari sangat panas. Berpinar-pinar mata memandang ke skrin LCD. Berdoa dan berharap panas sampai sudah, tapi tak sampai pun pukul 5, hujan mulai turun. Lebat sehingga menghadkan aktiviti petang. Mohon maaf pada pasangan tak banyak yang kami dapat lakukan petang tu. Terkilan ...kecewa pun ada. Tempat yang indah ... Empangan Semenyih memang sangat cantik. Kawasan sekitar juga tak kurang cantiknya. Tapi tiada satu pun yang dapat melawan ketentuan-Nya kan.
Doa kami.... buat saudara Ayep dan pasangannya Ninie......Semoga bahagia selamanya. Biarlah hingga ke syurga. Aminnn....
No comments:
Post a Comment