Aizudin & Sheril Pre Wed


Aku tak pernah shoot kat tempat ni. kire pertama kali aku masuk ambil gambar kat sini. Tak sangka memang cantik. Terlalu banyak tempat yang cantik yang boleh diambil. Tapi dek kesuntukan masa hanye beberapa tempat saja yang sempat kami singgah.



Ribuan terima kasih kepada petugas-petugas tempat ni kerana bagi kami peluang menyempuranakan kerja-kerja kami walau kami datang memang dah agak lewat. 15 minit sebelum taman ni tutup. Bayangkan...

Kami dah agak hampa bila tengok-tengok taman tutup jam 5.00 dan kami sampai dah pukul 4.45 petang. 





Sangat kelam kabut bila buat perkara sendirian. Aku tertinggal tutup lens yang aku pinjam dari sahabat, tertinggal flash receiver. Tapi Alhamdulillah bila semuanya selesai...amat berbaloi. Tempat ni yang sangat dikenali dengan panggilan Bukit Cherakah. Memang mengagumkan.

Terima kasih juga pada pasangan Joe & Sheril, kerjasama yang paling 'BEST'. Korang memang terbaik.








No comments:

Post a Comment